Monday, March 30, 2009

Perlu Energetik!

~Kena jadi energetik mcm anak-anak tomey ni..=)

Assalamualaikum wbt buat tetamu hati..


Apa khabar semua ya? lama sudah sekeping hati ini dibiarkan sunyi tanpa bicara. walaupun hakikatnya ia tidak putus-putus dalam dilema..

Harini, Sekeping Hati ingin kongsikan pengalaman berguna utk semua terutamanya insan-insan yang bergelar guru dan yang paling utama, GURU SAINS!
Kemarin saja, saya baru lepas dicerap oleh guru pembimbing yang lebih mesra saya panggil Kak Aini. ini kali kedua saya dicerap. Nyata, performance pertama better than this time. erm..kenapa ek?


Perjalanan Kelas

Anak-anak didikku yang seramai 26 orang cuma tinggal 15 orang kemarin. ramai benar yang terlibat dgn latihan choral speaking, drama dan ada juga yang absent. saya dah planning nak buat 4 group utk discussion. tapi tak jadi dan hanya tinggal 3 group. ada 2 orang lagi student yang masuk agak lambat. student2 yang aktif, semuanya takde. tinggal yang agak kurang aktif dan yang faham tidak terlalu cepat. my mood change...


Tak energetik

Induction set saya juga kurang menyerlah dan not very clear. dan saya menjadi agak lesu dan lemah. tak makan ke? tak, baru ja sudah makan..tapi kenapa ek? erm...mungkin sebab saya kurang tidur mlm sebelum tu sbb anak-anak murid di asrama terkena histeria..2 malam sebelum tu plak ada hal peribadi yang perlu dirundingkan. jadi, 3 malam berturut-turut tidak mendapat tidur yang cukup dan berkualiti. tambahan pula, cuti yang baru berlalu menyebabkan diri ini masih dalam mode cuti. ish, apala cikgi ni!


Komen kak aini

Kak aini keluar awal..mungkin agak letih dan movement kelas saya memang agak slow..very slow..dgn cd courseware yang not very ok even the animation really attractive..

Masa bertemu di bilik guru, kak aini mintak maaf dulu sblm ckp..takut saya kecik hati..dia tanya, perasan tak, gayah nmpk kurang...saya sampuk, keyakinan? bukan...erm.....kurang...apa word tu ha? saya sampuk, energy..kak aini kata, ya! kurang energetik! sbb tu kals move very slow..and i think, the first time is better than this time..

Saya mengaku dan saya pun perasan sangat benda tu..ish2...


Nasihat kak aini

"Sains ni subjek yang boring, susah dan budak2 tak minat. cikgu-cikgu sains plak selalunya serius. akak sendiri baru perasan...sbb cikgu-cikgu sains ni serius sgtla, budak jadi makin tak minat. jadi, walau apapun yang jadi, cikgu kena cuba bagi kelas dalam suasana ceria dan menarik. cikgu yang kena main peranan untuk tarik minat pelajar. CIKGU PERLU ENERGETIK!"


Belajar

Inilah pengajaran sangat berguna untuk saya yang bakal nak jadi cikgu ni..mood ke sekolah tu kena bagi terlalu baik ja sokmo. setiap kali masuk kelas plak, apa pun yang jadi, mesti lebih bertenaga..jgn lemah longlai mcm orang tak makan..nae?

Saya sangat bersyukur Allah bg cikgu pembimbing yang baik dan memahami..semoga pengalaman ini jadi pengajaran untuk seumur hidup saya dan semua guru di luar sana..insyaAllah..=)


Alhamdulillah...


..bintubahariyah..

..31/3/09..

..Sekolah..

Wednesday, March 18, 2009

Berhenti Berharap




Assalamualaikum wbt..

Ini merupakan blog peribadi yang namanya Sekeping Hati. Maka kandungannya pastilah merupakan kata hati daripada Sekeping Hati empunya blog yang mengandungi bermacam-macam perkongsian dgn pembaca samada ketika suka, duka. sedih, kecewa, merana, happy, kagum, rajin, malas, lapar, dahaga, ketawa dan segalanya..kerana aku tahu, aku perlukan org lain dalam hidupku utk berkongsi segala rasa dgn mereka...dan begitu juga mereka yg mungkin memerlukan perkongsian ini utk menjadi pedoman dalam hidup sepertimana aku jua perlukan perkongsian daripada mereka..

berhenti berharap...sebuah lagu yg pernah didendangkan oleh kumpulan indon..

aku ni org yg tinggi harapan. sbb tu aku selalu terkecewa bila hrpn tu tak menjadi..
sampai satu hari, bgchu bg nasihat..

"Adik...jgn berharap apa2..bila adik berharap, tp benda tu tak menjadi, mesti adik kecewa..tak payah risau.. hidup kita ni hanya dgn diri sendiri ja..dan org yg paling hampir dgn kita hanyalah mak dan ayah..dan kita lani, hanya mak ja..ayah dah takdak..yg akan sokong kita dalam segala hal yg baik hanyalah mak ayah kita..so, tak payah berhrp pada org lain.."

betul tu bila aku fikir balik..byk kekecewaan dalam hidup ni sbb aku selalu berhrp yg tinggi2 dari org lain..brhrp sesuatu yg di luar kawalan aku sendiri..

tp aku tak boleh berhenti berharap jugak..sbb kalau berhenti berharap, jadi mcm putus asa la plak..sdgkan org2 yg berputus asa dari rahmat Allah hanyalah org2 fasik..aku takmau jadi org yg fasik..

Bingkisan nasihat dari bakal teman hidup:

"Dalam agama pun ckp jangan terlalu optimistic sangat dan ada konsep tawakkal. Maksudnya di sini ialah, dalam kita berserah kpd Allah, kita juga tak boleh yakin sangat2 yang keja kita akan menjadi seperti yang kita nak. sebab yang menentukan adalah Allah, Dia yang nak bg jadi atau tak. That's why kita tak boleh gembira sgt dgn sesuatu yang kita harapkan sbb kalau berlaku sebaliknya kita akan cukup2 sedih.."

syukran atas nasihat yg ckp berguna daripada bangchu dan bkl teman hidup..

"Berharaplah, kerana tanpa harapan, bermakna tiada lg percaya kepada Tuhan..namun, harapan yang tidak bersandar pada Tuhan, pasti akan menemukan dirimu dgn kekecewaan.."




Yang memuntahkan rasa,
Bintubahariyah,
1051 am,
19.3.09

Selamat Pengantin Baru Nik Nurbaiti..=)

~ Gambar Hiasan je ni..jgn confuse..hehe..

Selamat Pengantin Baru buat sahabat tercinta ku Nik Nurbaiti Mohd Badarudin dgn pasangan..semoga berkekalan, berbahagia sampai ke syurga sana..

Maaf sangat sebab tak dapat nak hadir kenduri enti..kirim salam pada mama papa, kaklong, kakngah dan hanif ya. Please be a very solehah wife..iA..=)


Luv,

Siti Rogayah

920 am

19/3/09

Friday, February 27, 2009

Rintihan


Biar berlinangan air mata

Ku takkan hentikannya

Biarkan ia menyembuh luka

Hilanglah rasa duka


Tidak ku termampu..

Merentasi liku-liku

Sungguh ku tak mampu

Menghadapi semua itu

Oh sungguh ku tak upaya


Jangan dibiarkan

Jerih perih kehidupan

Bisa meleraikan iman

Kan hancur semuanya


Walaupun menitis air mata darah

Tak bisa merubah segalanya

Melainkan taubat nasuha

Mogakan diterima..


Namun ku percaya

Masih ada kesudahannya

Kerana Allah itu

Maha Kaya Maha Mendengar

Rintihan hamba-hambaNYa

Kerana sesiapa bertaqwa kepadaNya

Pasti akan ada

Jalan keluarnya


Rezeki yang tidak disangka-sangka

Cukup Allah baginya

Berkuasa segala-galanya

Terima seadanya


Biar berlinangan air mata

Ku takkan hentikannya

Biarkan ia menyembuh luka

Hilanglah rasa duka..


p/s : ni lagu yang selalu bg motivasi balik pada diri yang kesedihan....alhamdulillah..

so, takdak hal nak nangis..sbb hakikatnya kita perlu menangis selalu..syukran kepada insan-insan tersayang yang selalu mendidik diri, menyokong jiwa...ku terus mengharap bantuan kalian utk teruskan semua yg telah kumulakan..



..bintubahariyah..

..10.35 am..

..jumaat: 27/2/07..

Wednesday, February 04, 2009

Remote Emosi


Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua pengunjung SH? Wahh..meriahnya SH sekarang. Terima kasih kepada semua ahli ziarah. Apa jua pandangan yang kalian lontarkan, semuanya pasti telahpun Allah takdirkan ianya berlaku. Apa jua kesannya kepada pembaca-pembaca lain, pasti telahpun ada dalam pengetahuan Allah. Walau bagaimanapun, moga sekeping hati ini bisa terus tegar menjadi medium dakwah buat pemiliknya terutamanya dan juga buat semua ahli ziarah. Sesungguhnya, apa jua yg telah saya nukilkan, benar-benar datang dari hati ini..sebab itu saya namakan rumah ini ‘Sekeping Hati’.

Alhamdulillah, hingga kini telah Allah bagi peluang untuk saya melihat dunia ini hampir 23 tahun. Terlalu banyak benda yang saya belajar. Berapa banyak sifat negative yang pernah beraja dalam diri, berapa byk pula mahmudah diri datang minta bertapa di dalam hati. Ada yang pernah saya ambil dan simpan sekian lama. Ada pula yang datang dan pergi. Ada yang tidak bisa lagi saya lekatkan untuk menjadi darah daging sendiri..dan ada 1 sifat mazmumah yang sedang saya cuba untuk buang jauh-jauh, lontarkan ke dalam lautan yang dalam. Itulah EMOSI yang bernafsu ammarah.

Peringkat-peringkat nafsu

Pengisian usrah oleh kak radieah tersayang pernah menghighlightkan peringkat-peringkat nafsu. Nafsu ada 7 peringkat semuanya. Dari yang paling teruk ke yang paling baik:

1) Ammarah

2) Lawwamah

3) Mulhamah

4) Muthmainnah

5) Radhiyah

6) Mardhiyyah

7) Kamilah

Ringkas di sini, nafsu ammarah yang paling teruk, yang paling rendah tahap dia. Nafsu kamilah merupakan nafsu para nabi. Utk org kebanyakan macam kita, nak sampai nafsu muthmainnah pun sangat payah.

Rapat umum

Sebut pasal emosi, paling byk word ni disebut pada saya ialah ketika rapat umum waktu bertanding kerusi umum MPP. Ada 3 rapat umum semuanya. Malam pertama, saya agak berjaya mengawal emosi, byk ketawa, agak agresif tapi masih bertenang. Malam kedua, emosi saya dicucuk-cucuk bila pro-Mahasiswa difitnah berapi-rapi oleh pro-Aspirasi. Dapat pulak notes daripada sahabat saya, ejay, yang mintak saya balas balik apa yang telah difitnah tu. Bertambah-tambah panaslah diri. Namun, malam ketiga saya telah dinasihatkan oleh semua senior agar lebih bertenang dan cuba kawal emosi.. So, apa dah jadi?

Memang malam itu, provokasi terlalu melampau. Dan malam itu, saya patut menjadi orang yang paling marah. Namun, berkat al-Quran yang terbimbit di tangan, setiap kali teriakan fitnah dihamburkan, setiap kali itulah saya pekakkan telinga dan terus melantunkan alunan al-Quran. Alhamdulillah..sampai pada 1 tahap, bila ada satu tuduhan yang paling pedih dilemparkan, sekali saya selak lembaran ayat Allah, terus saya temui satu ayat yang seolah-olah Allah sedang berbicara dengan saya..apa ayatnya? Boleh klik kat sini..
(dah ada posting pasal rapat umum sebelum ni). Ayat yang cukup indah..

Nikmat Menahan Marah

Pulang dari Rapat Umum pada malam itu, saya sudahpun merasakan sebuah kemenangan. Ya, menang dalam melawan nafsu ammarah. Menang bila bisa mengatasi diri sendiri. Inilah suatu kepuasan yang tiada kata dapat menggambarkan. Hanya orang yang benar-benar diberikan kekuatan untuk bersabar sahaja bisa merasai nikmat menahan marah. Alhamdulillah, terasa Allah memilih diri yang hina ini..

REMOTE EMOSI

Apakah remote yang boleh membantu kita mengawal nafsu ammarah? Senior-senior kat sekolah agama yan dulu rajin bagi tazkirah tentang bbrp cara kita nak kurangkan dan kawal rasa marah tu.

1) kalau tengah berdiri, duduklah

2) kalau tengah duduk, baringlah

3) kalau dah baring tp marah belum hilang, ambillah wudhuk.

4) Kalau ambik wudhuk pun belum hilang rasa marah, solatlah sunat 2 rakaat.

iA, amalkan cara ini. Sebab marah itu daripada syaitan yang berasal daripada api. Sejukkan ia dengan semua cara yang nabi sendiri ajar kat kita.

Sejak mula-mula masuk Latihan Mengajar ni, saya paling tidak boleh mengawal nafsu ammarah. Sering beremosi lantaran berjumpa dengan suasana baru yang cukup menduga. Namun, alhamdulillah, berkat nasihat dan didikan daripada orang yang suka mendidik, saya sedar yang saya patut kembali berubah dan menjadi orang yang tenang selalu. Kelebihannya bukan untuk siapa-siapa, tapi untuk saya sendiri, pasangan hidup, generasi saya, keluarga dan masyarakat keseluruhannya. Bila kita tenang, ketenangan itu akan bertebaran ke mana saja kita berjalan, sepanjang mana masa selagi kita dalam ketenangan.

Kehendak Allah

Malam ini, kala hati saya telah lama berniat untuk menulis sesuatu tentang emosi ini, sekali lagi terasa Allah sedang berbicara dengan saya melalui ayatnya dalam surah at-Taghabun ayat 11 bermaksud:

Tidak ada suatu musibah yang menimpa seseorang, kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Pernah tak waktu kita membeli laksa di pasar malam untuk berbuka puasa, kuahnya tawar? Atau terlebih masin? Kita pun hampa dan marah-marah pada pakcik dan makcik yang jual laksa tu. Selalunya beli sedap ja! Ishy, geram3! Kita lupa…Sedangkan hakikatnya, Allah lah yang telah menggerakkan jarinya untuk mencedok garam berapa banyak pun kuantitinya ataupun mengilhamkan yang mereka telahpun meletakkan garam sedangkan tak letak pun lagi sebenarnya. Bukan salah pakcik dan makcik tu pun. Dah harini memang tertulis di loh mahfuz yang mereka akan terlebih letak garam or lupa letak garam dalam kuah laksa itu. Sapa yang punya angkara? Tak, bukan angkara depa, bukan jugak kehendak depa. Tapi itulah kehendak Allah. Kita lupa.

Macam tu jugak dengan apa yang sedang berlaku dalam SH ini. Kenapa Allah izinkan ada hati yang sakit cuba menyatakan sesuatu dalam chatbox? Dan mengapa Allah izinkan ada insan yang cuba membetulkan persepsi kurang tepat itu tanpa saya terlibat sendiri dan tanpa saya sendiri tahu siapakah insan-insan tersebut? Mengapa? Mengapa ada pula sahabat yang terus-menerus menghembuskan kata-kata semangat tanpa goyah sedikitpun keyakinan mereka kepada saya?

Meyakini ayat Allah yang agung di atas, Ya, pastilah ini kehendak Allah..dan semestinya saya WAJIB redha dengan kehendakNya dan teruskan berusaha menjadi orang yang beriman. Semoga Allah memberi petunjuk kepada hati yang cukup gersang ini untuk terus meneguk kasihNya..kerana Dia Maha Mengetahui segala apa yang telah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi.

Di sini, saya terlalu ingin mengucapkan terima kasih kepada semua shbt, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik yang tidak goyah keyakinan kepada usaha dakwah saya. Saya terharu kerana benar, hilang seorang, datang 1000 pada saya. Dan, saya yakin, hati-hati kalian yang tetap tega meyakini saya, jua dipegang oleh Allah dan Dia berkehendak agar yang hak terus tertegak. Insan-insan yang kuhargai, hanya Allah dapat membalas jasa kalian.

Maaf dan hikmah

Andai ada kesilapan insan padamu, maafkanlah. Kerana dengan memberi maaf, dirimu akan tenang, ammarahmu tunduk membisu. Tiada dendam yang menguasai kalbumu. Andai segala yang terjadi terlalu mencabar keegoanmu, berdiamlah seketika, ingatkanlah akan Pencipta yang mengizinkan segala, fikirkan dan carilah hikmah yang tersirat di sebalik semua yang Dia kehendaki terjadi kepadamu. Kerana sekali-kali tidak Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Maha suci Allah daripada segala sesuatu yang penuh dengan kelemahan.

Sahabat-sahabatku, muslimin-muslimat yang dibanggai Rasulullah,.. bicara dari hati ini kuharap bisa sampai ke hati itu..iaitu hatimu..

Wallahua’lam.


..Bintubahariyah..
..951 pm..
..3 Februari 2009..
..Pearl 101..