Friday, March 16, 2007

Cerpen Hati (Episod Akhir)

hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlaq mulia dan berperibadi tinggi. inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.

sesungguhnya ya Allah, aku insan yang sangat lemah. aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. ampunkan aku.

walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. insan seperti dia hanya satu dalam seribu. mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. insya Allah sekiranya Allah panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. insya Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."

siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh nabi Musa a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Mafraq, Jordan.

dah habis...jadi apa perasaan kalian?? sudilah kiranya dikongsikan bersama dlm comment space...klik ja kat bawah ni...=)

4 comments:

Anonymous said...

Peace be upon you =)

such a nice islamic love story..
even it is hard for him to let her go (until the BIG day), surely Allah will shower him & his family with lots of love & maghfirah for what he had done before..

i wish i could meet someone like him..someday..somehow..

*dear writer, plz pray 4 me yea* (^_^)v

Anonymous said...

alhamdullillah..
ending story yang selamat..
alhamdullillah..

untuk rina lim..
insyaAllah you will find someone like him or better than him..

cinta manusia,manusia mati
cinta Allah kekal abadi...

ameen..

Anonymous said...

assalamualaikum.myb bg wanita cabarannya ialah mencari lelaki seperti ini. tp bg lelaki pula cabarannya lbh besar iaitu menjadi lelaki seperti dalam cerpen ni. i have tried few times but i failed. and now, i am still trying. tersgt susah dan mungkin sy akan tws lg. doakan sy x putus asa dan sentiasa istiqamah....

Siti Rogayah Bahari said...

waalaikumussalam. alhamdulillah, masih ada ikhwan yg sedar akan hakikat ini. ramai yg sy jmpa skrg just nak cari isteri yg sgt baik ja, tp mereka sndiri xpenah nak cuba jd org yg mperbaiki diri. tp insyaAllah, lelaki yg mcm dlm cerpen ni mmg ada wlwpn bilngnnya xrmi. insyaAllah, dh ada bukti sbb sy mmg ada kenal dgn sorg ikhwan yg mmg sdg bermujahadah mcm ni. mudah2an, dia terus dikuatkan Allah smpai ke penamat insyaAllah..dan sorg lg yg sy yakin sdg cuba mperbaiki diri jugak ialah saudara sendiri..insyaAllah, Dia psti akan tlg saudara..utk ikhwan yg sy maksudkan, saudara dan semua ikhwan, slm mujahadah tanpa batasan..=) peace be upon u all...=)