Saturday, March 03, 2007

C.O.U.P.L.E. (Part 2)

BAGAIMANA BERCINTA SECARA ISLAM ??

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk memebunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik ; Jodoh.
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya.“Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau,“Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempuan itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.

Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM. Walau bagaimanapun, untuk golongan pelajar khususnya yang telah terjebak dalam hal ini,' Nikah Khitbah' boleh menjadi alternatif penyelesaiannya.

Moga tulisan ini dapat menjadi peringatan untuk ana terutamanya dan juga dapat dikongsi bersama sesiapa saje yang mahukan kebaikan, keberkatan dan keredhaanNya.. Moga diberi kekuatan, bukan hanya dalam perkataan mahupun tulisan tapi juga amal pelaksanaannya... Wallahua'lam.

Dipetik dari blog sorang teman..
syukran kepada penulisnya..=)

4 comments:

Anonymous said...

KaHwIn?? CiNtA?? cOuPLe??
SeBeLuM nI x PeRnAh PuN nAk TeRfiKiR..
aNa nAk FiKiR PsL nI LaTeR laa, CiK gAyAh.. hEhe..
tApi PsL cOuPLe ni.. Uihh.. mUnGkiN TIDAK!! (",)v

Siti Rogayah Bahari said...

erm, bukan gayah suruh fikir..
cuma tulisan ni diharap dapat jadi guideline utk cari redha Allah..

bagusla kalau u decide taknak fikir pasal ni..fikirkan Allah setiap masa..(mak gayah baru pesan tadi..makacih mak...)

watever, moga dapat something dari pembacaan ni...thnx..salam..=)

Anonymous said...

assalamualaikum, sy just nak berkogsi pengalaman. belajar di oversea dah 1 hal, lg 1 hal bila bdk2 sekeliling kita ni berlumba2 bercouple, yg tak de couple tu di anggap pelik la sangat, even AJK tertinggi bdn Islam kat sini pon doing the same thing, bila break dgn sorang, asap akn carik lg sorg. couple adalah 1 fenomena yg sgt di agung2kn oleh student2 kat sini, and sadly most of them are muslims. actually how can we prevent this kind of thing? it is all around us, dragging us into it..hanya kekuatan iman dan keteguhan tembok kesabaran dgn izin dr ALLAH SWT.

Siti Rogayah Bahari said...

waalaikumussalam. fi amanillah ya muslim filislam. tajuk ni mmg agak rumit utk dibicarakan. bab2 hati ni mmg takde yg mudah..tapi hakikatnya kita wajib menyampaikan yg haq. tulisan ni pulak kelihatan 'melawan' trend anak2 muda masa kini. kulilhaq walau kana murran (berkatalah benar walaupun ianya pahit).
nak tak nak kena sampaikan jugak melihatkan terlalu ekstrim budaya org putih ni menjalar dlm kamus hidup muslim. bukan kat sana saja..kat mana2 pun sama. peranan kita lani jaga diri kita di samping nahi munkar pada yg lain..insyaAllah..

how to prevent? dan berjihadlah kamu di jalan Allah dgn sebenar2 taqwa..mujahadahlah dlm menghadapi segalanya..kalau Allah tau kita tak mampu hadapi zaman ni, Dia takkan bagi kita hidup kat zaman ni..layukallifullahunafsan illa wus'aha..kan??

jadi, sama2 kita jaga ikatan hati dgn Allah agar ia tersimpul mati dan moga keyakinan padaNya tak pernah berbelah bahagi..

moga enta/enti dapat sebarkan tulisan ni pada shbt2 yg disayangi..mungkin ada hidayah Allah di sebalik keikhlasan hati penulisnya yg hanya Dia saja yg Maha Tahu..insyaAllah..

btw, syukran atas perkongsian pengalaman yg mencabar iman ni..salam..=)